Monday, 1 September 2014
[ New Operation Hour ]
Bermula bulan September 2014, kami telah ubah jadual waktu operasi Smarts Rehab Center seperti berikut
Waktu Operasi:
Isnin-Jumaat: 10.00am- 7.00pm
Sabtu: 9.00am- 2.00pm
Ahad/ Cuti Umum: TUTUP
Untuk sebarang pertanyaan atau temujanji, sila hubungi:
Pusat Fisioterapi & Rehabilitasi Smarts Rehab
03-8938 1022/ 0112-334 2769 (HOTLINE)
39 Jalan BPP 8/1, Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor
Wednesday, 27 August 2014
Sakit Tapak Kaki (Plantar Fasitis)
Lokasi sakit ini boleh dikenalpasti dengan khusus. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.
Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:
- Berat badan berlebihan
- Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
- Banyak berjalan atau berdiri lama
Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-
- Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
- Mengurangkan berat badan
- Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
- Fisioterapi – ultrasound / heat / cold
Sekiranya cara rawatan seperti yang
dinyatakan di atas tidak berkesan, maka suntikan campuran ubat
anti-radang (steroid) dan ubat bius setempat (lignocaine) boleh diberi
pada tumit di kedudukan ‘plantar fasci’ (plantar fasci origin). Ini akan
memberi kesan kelegaan segera. Namun suntikan ini hanya dibenarkan
maksima 3 kali setahun.
Sekiranya anda bertanya pendapat saya mengenai
rawatan yang terbaik,jawapannya semestilah dengan membuat pilihan yang
bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan
selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi,
namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari
dari menghidapi sakit tumit. Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau
merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang
terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya
mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…bukankah
begitu?
Your SmartsHealth
Wednesday, 13 August 2014
Sitting And Obesity
[ 2 daripada 5 Rakyat Malaysia adalah Obes ]
Pusat Fisioterapi & Rehabilitasi Smarts Rehab
03-8938 1022/ 0112-334 2769 (HOTLINE)
Pusat Fisioterapi & Rehabilitasi Smarts Rehab
03-8938 1022/ 0112-334 2769 (HOTLINE)
Tuesday, 12 August 2014
Osteoartritis Lutut: Apa Yang Anda Perlu Tahu
Pernahkah anda bangun pagi dan mendapati kedua-dua lutut
anda keras dan kaku, terutamanya apabila cuaca sejuk? Pernah mendengar bunyi
klik (juga dikenali sebagai krepitus) atau merasa seperti sendi lutut anda
bergesel setiap kali anda menggerakkannya? Kemungkinan besar anda mengalami
sejenis penyakit degeneratif yang dikenali sebagai osteoartritis yang tidak
hanya terhad kepada sendi lutut tetapi mungkin menyerang mana-mana sendi di
badan anda. Artikel ini akan mengupas punca, simptom dan rawatan bagi osteoartritis
lutut.

Mungkin
anda tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan osteoartritis?
Mari kita leraikan perkataan yang panjang ini kepada dua perkataan yang mudah.
Pertamanya, perkataan osteon yang berasal daripada perkataan Yunani yang
bermaksud tulang. Kedua, perkataan artritis yang bermaksud radang sendi. Dalam
bahasa mudah, osteoartritis merupakan artritis yang berlaku akibat penggunaan
sendi yang menyebabkan lapisan selaput sendi (dikenali sebagai rawan) terhakis
akibat perubahan struktur di dalam sendi. Keadaan ini berlaku akibat geseran
berlebihan dua tulang seperti tulang femur (tulang peha) dan tibia (tulang
kering) yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pesakit osteoartritis akan
merasa lega apabila sendi terbabit direhatkan dan sakit apabila sendi itu
digunakan secara berlebihan. Keadaan yang sebaliknya berlaku bagi pesakit
‘Rheumatoid Arthritis’.
Tinjauan
‘Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases’ (COPCORD) yang
dijalankan di Malaysia pada tahun 2007 mendapati kebanyakan pesakit
osteoartritis di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, hasil yang sama
didapati pada kajian yang dijalankan di Hong Kong. Kajian itu turut mendapati
bahawa kebanyakan rakyat Malaysia berumur 55 tahun merasakan peningkatan
kadar kesakitan hingga 23% manakala kadar kesakitan meningkat sebanyak 39% bagi
mereka yang berusia lebih 65 tahun.
Setiap
orang mempunyai risiko mendapat osteoartritis tetapi menurut kajian yang dijalankan
di Pakistan, China, Korea dan Jepun, golongan wanita, orang berumur dan orang
obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut.
Bagaimana pula dengan pendapat bahawa melutut dan mencangkung mampu menyababkan
osteoartritis lutut? Para pengkaji di Jepun mendapati bahawa mencangkung dan
melutut secara berlebihan terutamanya ketika berkebun mampu mengakibatkan
kecederaan kekal kepada lutut.
Maka
apakah langkah-langkah pencegahan untuk menghindari osteoartritis lutut? Cara
yang paling berkesan untuk mempunyai sepasang lutut yang sihat adalah dengan
mengawal berat badan. Ini memerlukan senaman secara konsisten. Berjalan-jalan
di pagi hari atau lebih elok lagi adalah dengan menghabiskan masa selama 30
minit di dalam kolam renang berhampiran anda merupakan senaman yang bagus.
Menguatkan otot-otot di sekeliling lutut adalah amat penting kerana sendi ini
adalah salah satu sendi yang menampung berat badan kita dan dapat mengelakkan
terlalu banyak bebanan terhadap lutut tersebut. Sekiranya anda obes dan tidak
pasti jenis senaman yang sesuai bagi anda, atau sering mengalami kesakitan di
lutut setiap kali bersenam, sila rujuk profesional perubatan secepat mungkin.
Osteoartritis merupakan penyakit degeneratif, sekiranya anda mendapatnya keadaan
hanya akan beransur sakit. Maka adalah penting untuk bertindak awal, jangan
biarkan osteoartritis menewaskan anda.
Encik
Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang bekerja di Sarawak. Beliau sangat
mementingkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu-isu seperti
osteoartritis. Artikel ini diterjemah oleh Dr Hidayatul Radziah Ismawi. Artikel
asal boleh didapati di sini.
Rujukan:
- http://www.copcord.org/Publications/Malaysia%20%20copcord.pdf
- http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/4703218
- Gibson T, Hameed K, Kadir M, Sultana S, Fatima Z, Syed A (1996) Knee pain amongst the poor and affluent in Pakistan. Br J Rheumatol 35, 146–9.
- Zeng QY, Zang CH, Li XF, Dong HY, Zhang AL, Lin L(2006) Associated risk factors of knee osteoarthritis: a population survey in Taiyuan, China. Chin Med J 119,1522–7
- Kim I, Kim HA, Se Y-I, Song YW, Jeong J-Y, Kim DH (2010) The prevalence of knee osteoarthritis in elderly community residents in Korea. J Korean Med Sci 25, 293–8.
- Muraki S, Oak H, Akune T, et al. (2009) Prevalence of radiographic knee osteoarthritis and its association with knee pain in the elderly of Japanese population-based cohorts: the ROAD Study. Osteoarthr Cartil 17, 1137–43
Monday, 11 August 2014
Fakta 'Sakit'
Secara ringkasnya, sakit adalah sesuatu yang dicipta sebagai penggera yang memberitahu anda adalah salah!
Sakit adalah cara tubuh menghantar amaran ke otak. Saraf tunjang dan saraf menyediakan laluan untuk mesej sampai ke dan dari otak dan bahagian-bahagian lain badan. Sakit bergerak di sepanjang laluan saraf ini sebagai isyarat elektrik kepada otak anda untuk pentafsiran.
Sel-sel saraf reseptor dalam dan di bawah kulit anda rasa panas, sejuk, cahaya, sentuhan, tekanan, dan kesakitan. Anda mempunyai beribu-ribu sel-sel reseptor. Paling banyak adalah rasa Sakit. Apabila terdapat kecederaan kepada badan anda, sel-sel kecil menghantar mesej sepanjang saraf ke saraf tunjang dan kemudian naik ke otak anda.
Secara umum, reseptor sakit adalah dikelaskan mengikut lokasi mereka.
Reseptor yang bertindak balas kepada kecederaan atau rangsangan berbahaya dipanggil 'Nociceptors' dan sensitif kepada haba, elektrik, mekanikal, kimia dan rangsangan yang menyakitkan. Setiap nociceptor disambungkan kepada saraf yang menghantar impuls elektrik di sepanjang panjangnya ke arah saraf tunjang dan kemudian, akhirnya otak anda.
Ia adalah otak anda yang memberitahu anda sama ada anda mengalami kesakitan atau tidak. Tambahan pula, kesakitan anda memainkan helah, terutamanya apabila anda mengalami sakit kronik.
*** Mesej Sakit bergerak lebih perlahan daripada rangsangan saraf lain
Saraf juga boleh dikategorikan mengikut Diameter (lebar) bersama atau tidak myelin sheath.
Tiga jenis saraf kesakitan:
A Beta Fibres, yang mempunyai diameter yang besar dan mempunyai myelin sheath
A Delta Fibres, yang mempunyai diameter kecil dan mempunyai myelin sheath
C Fibres, yang mempunyai diameter yang kecil dan tidak mempunyai myelin sheath (memperlahankan kadar pengaliran mereka) dan biasanya terlibat dengan rasa dull dan aching sensations.
Saraf berdiameter besar menghantar impuls lebih cepat daripada diameter kecil. Kehadiran 'myelin sheath' juga mempercepatkan kadar pengaliran saraf.
Satu kaedah mengurangkan kesakitan anda adalah untuk menyediakan sistem saraf anda dengan high speed "good feelings" seperti menggosok kawasan yang cedera anda. Ini adalah prinsip yang sama digunakan oleh TENS Mechine (pain relieving machines) untuk memberikan kelegaan kesakitan.
[ Pain-Therapy, Muscle-Training, Incontinence-Therapy]
Pusat Fisioterapi & Rehabilitasi Smarts Rehab
03-8938 1022/ 0112-334 2769 (HOTLINE)
Subscribe to:
Comments (Atom)

