Lokasi sakit ini boleh dikenalpasti dengan khusus. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.
Antara penyebab Plantar fasciitis ini ialah:
- Berat badan berlebihan
- Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
- Banyak berjalan atau berdiri lama
Ia boleh dirawat dengan cara berikut:-
- Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
- Mengurangkan berat badan
- Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
- Fisioterapi – ultrasound / heat / cold
Sekiranya cara rawatan seperti yang
dinyatakan di atas tidak berkesan, maka suntikan campuran ubat
anti-radang (steroid) dan ubat bius setempat (lignocaine) boleh diberi
pada tumit di kedudukan ‘plantar fasci’ (plantar fasci origin). Ini akan
memberi kesan kelegaan segera. Namun suntikan ini hanya dibenarkan
maksima 3 kali setahun.
Sekiranya anda bertanya pendapat saya mengenai
rawatan yang terbaik,jawapannya semestilah dengan membuat pilihan yang
bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan
selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi,
namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari
dari menghidapi sakit tumit. Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau
merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang
terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya
mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…bukankah
begitu?
Your SmartsHealth
No comments:
Post a Comment